Kelas Pembangunan Blog Dan Logo Online
12 Februari 2019 | Aktiviti Terkini
Pusat Internet Engkilili telah mengadakan Kelas Pembangunan Blog dan Logo Online pada 11 Februari 2019 yang lalu. Seramai 4 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lepasan SPM dan seorang suri rumah telah menyertai kelas ini. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Engkilili.
Dalam kelas ini, peserta diberi penerangan mengenai pengertian blog oleh Pengurus Pusat Internet Engkilili. Peserta juga diterangkan tentang jenis-jenis blog yang boleh dibangunkan oleh peserta. Perserta juga diajar membuat akaun blog, memuat naik post dan memasukkan elemen animasi ke dalam blog. Selain itu, peserta juga diajar untuk mereka logo blog menggunakan aplikasi membuat logo online. Kelas ini berlangsung selama 6 jam iaitu bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: